tasbih Pictures, Images and Photos

Tuesday 17 July 2012

Kisah Hatiku

..: bismillahirrahmaanirrahim :..




Asalnya, Kisah Hatiku merupakan nama header yang menjadi pilihan diri kerana tulisannya yang ringkas dan unik. Oleh sebab, sudah ada nama bagi header yang lebih menarik yakni Perjalanan Hati Menuju Kasih Ilahi, maka header inilah tertera di atas sana. Begitu unikkan perancangan Allah. 
Benarlah seperti yang dinyatakanNya di dalam al-Quran dengan firmanNya : 

"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Ya, memang benar.. Oleh sebab Allah merupakan sebaik-baik perancang, maka terdetiklah hatiku untuk menulis blog buat pertama kalinya. Dengan header blog Perjalanan Hati Menuju Kasih Ilahi ini. Memang sangat bertepatan dengan isi blog ini nanti yang berkisarkan tentang hati dan perjalanan hatiku. 



Ingin ku nyatakan bahawa tujuanku menulis blog bukanlah semata-mata ingin mendapatkan title dalam dunia penulisan blog ini mahupun ingin mengejar populariti. Aku hanya ingin meluahkan rasa, menyuakan pendapat serta berkongsi pengalaman dalam segala hal. Aku juga ingin mengasah gaya penulisanku ke arah yang lebih baik serta kreatifkan diri ini. 

Aku tidak mahu menjadi orang yang bakhil di dunia yang mana kedekut untuk berkongsi ilmu dan menyuarakan buah fikirannya. Aku ingin menjadi insan terpilih Ilahi yang meraih syurgawi kelak. Biarlah segala coretan serta tulisan disini dapat menjadi salah satu daripala amal solehku yang bakal menjadi hartaku di akhirat kelak. InsyaALLAH.  



          




6 comments:

  1. Teruskan... Allah nilai hati.. Bukan penulisan..

    ReplyDelete
  2. Syukran atas pandangannya.
    InsyaAllah diri akan terus mantapkan hati untuk terus menulis

    ReplyDelete
  3. salam..insya ALLAH mendapat keberkatan..
    teruskan usaha tanpa putus asa..
    "jgn putus asa dgn rahmat ALLAH"..ayt quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan kuteruskan penulisan ini tanpa jemu.
      Syukran atas nasihatnya.
      (:

      Delete
  4. insyaallah....menjadi salah satu media dakwah.

    ReplyDelete