tasbih Pictures, Images and Photos

Saturday, 4 August 2012

Sahabat Sejati

..: bismillahirrahmaanirrahim :..



Entri kali ini dimulai dengan nasyid khas dari kumpulan nasyid yang mana sudah sinonim dengan masyarakat kita iaitu kumpulan nasyid UNIC. Nasyid ini sangatlah bertepatan dengan tajuk entri kali ini kerana tajuk nasyid ini benar-benar sama dengan tajuk entri iaitu Sahabat Sejati.

Sahabat sejati. Siapakah sahabat sejati ini ? Merekalah sahabat yang dapat membawa malah membimbing kita ke jalan yang diredhai Ilahi. Senangkah untuk kita menemui sahabat sebegini ? Jawapannya, tidak. Betapa sukarnya menjumpai sahabat sejati ini kerana sahabat sejati boleh diibaratkan seperti sebutir mutiara yang bersinar malah mahal harganya yang sangat sukar ditemui di lautan.

Jika ditanya, inginkah kita sahabat sejati yang mana dapat menemani kita setiap masa ? Sudah tentu semua mengangguk dan mendambakannya.

Entri kali ini ditujukan khas kepada sahabat sejatiku yang mana tarikh lahirnya jatuh pada
3 Ogos. Semoga dirinya sentiasa dirahmati, disayangi serta diberkati Allah. Allah yubaarik alaik. Ameen. 

Berbalik kepada tajuk utama, sahabat sejati merupakan sahabat yang sangat memahami, mempercayai malah menyayangi diri kita sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri. Sukarkan ingin mendapatkannya ? Usahalah, carilah dan ikhtiarlah dalam mencari sahabat sejati. Sahabat sejati inilah sahabat yang sebenar-benarnya dapat memimpin serta menuntun kita ke jannahNya. 


✿✿ Doaku Buatmu Sahabatku ✿✿

Dialah yang akan selalu menegur kita dari semua kesilapan. Dialah juga akan menyuruh serta mengajak kita berbuat kebaikan dan perkara yang diredhai Ilahi. Dia tidak akan sesekali menyesatkan kita dengan perbuatan dosa dan maksiat malah akan menuntun kita ke jannahNya.

Sahabat sejati ini jugalah yang sentiasa akan berbakti serta memberi tanpa meminta balasan kembali. Dia sedar bahawa redha Allah yang utama dan sahabat yang pertama. Terima kasih ya 'Azza Wajalla kerana kurniakan kepadaku sahabat sejati.

Ya Allah, betapa aku merindui sahabat sejati yang telah Kau anugerahkan kepadaku. Lindungilah, sayangilah serta bahagiakanlah dia. Redhailah persahabatan kami. Tunjukilah kami jalan yang sebenar-benarnya agar kami dapat mendiami taman indahMu pada suatu hari nanti. Ameen ya Rabbal Aalamin.






Nota Kaki : 

Sila buka dan tengok video di Youtube jika tidak mahu sebarang gangguan bunyi.

Terima kasih atas kerjasama. ^^v










10 comments:

  1. Setuju atau tidak tak tahulah... tapi untuk jumpa sahabat sejati kita yang mesti jadi sahabat sejati dahulu... PEACE!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, setuju ngan pandangan enta.
      Sahabat yang baik untuk sahabat yang baik juga. (:

      Delete
  2. sahabat sejati adalah bila kita lihat dia kita ingin melakukan ibadah kepada Allah... kita berjumpa dia kerana Allah... kita berbual dengan dia SEMUA perkara kerana Allah... kita menangis dengan dia kerana fikirkan kebesaran Allah... apabila kita kecewa, dia seakan2 tahu dan tanpa berkata apa2 kita mampu hilang kekecewaan itu, dan dia datang tnpa diundang untuk menyelesaikan masalah kita.. dan kadang2 dia xpernah cakap yg dia sayang kn kita tp tindakannya lebih dari itu.. sanggup berlapar kerana kita, sanggup luang waktu untuk kita.. tetapi sedarlah,, kadang2 sahabat sejati Allah akan pinjam bukan untuk selama2nya.. di tarbiyah kita dlm masa tertentu selepas itu tugas kita untuk mentarbiyah diri sendiri dan sahabat yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun kita bersahabat mestilah kerana Allah untuk mendapatkan keredhaanNya. Barulah dipanggil Friends Till Jannah. ^^v

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sahabat,,,tidak kenal hasad dengki,,tidak mengenal erti darjat,,tidak memandang dengan kehinaan,,,tidak kenal mehnah tribulasi...slalu dalam sirat yg sama....sahabat selalu akan membuatkan kita rindu untuk bersamanya...kita akan menangis bila lihat pada akhlaknya,,persis gambaran macam mane ukhwah yg Nabi Muhammad terapkan pada Sahabat,,MasyaAllah,,,,"Indah ya Allah saat itu".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, pasti manis sekiranya kita dan semua sahabat kita dapat mengecap jannahNya bersama-sama. Semoga kitalah insan terpilih itu. Ameen.

      Delete
  5. syukran jazilan ya ukhtie.... entri y d 6t2 kan....smoga kter sume blh mnjd shbt sjati kpd shbt kter....smoga kter mnemui shbt sjti...shbt till JANNAH.. insyaALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita menjadi sahabat sejati yang saling menyayangi keranaNya. InsyaAllah, friends till jannah.

      Delete
  6. As salam...
    Saya sgt tertarik dgn blog anda. Setiap lagu yg diperdengarkan sangat menyentuh hati.. Semoga blog anda dpt menjadi inspirasi buat saya meneruskan penulisan saya juga. tq

    ReplyDelete