..: bismillahirrahmaanirrahim :..
Salam Ramadhan Mubarak. Alhamdulillah, sudah setengah bulan kita berpuasa. Hari ini dah masuk hari ke-17 pun kita semua berpuasa. Sudahkah kita dapat memuhasabah diri serta membersihkan rohani kita dari segala dosa lalu kita ? Tanya serta tepuklah dada masing-masing. Kita semua mempunyai akal yang waras dan sihat untuk berfikir.
✿✿ Teruslah Berbaik Sangka kepadaNya ✿✿ |
Pada kali ini, insyaAllah entri bertajuk Husnuz Zhon Billah akan dibincang serta dikupaskan. Apakah maksud husnuz zhon billah dalam bahasa Melayu ? Pasti semua pembaca sudah mengetahuinya. Jadi, tidak perlulah diri ini menterjemahkannya kembali. Diri ini cuma mahu memberi maksud husnuz zhon billah dalam bahasa Inggeris yang mana jarang kita dengar iaitu Trust in Allah.
Tahukah kamu, apakah dalil kukuh mengatakan kita perlulah bersangka baik dengan Allah ?
Rasulullah telah bersabda mengenainya yakni :
Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.”
(HR Muslim)
Allah Taala juga telah berfirman dalam kitabNya yang suci :
"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."
(Al-Baqarah: ayat 216 )Maka, berbaik sangkalah kita semua kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Janganlah sedikit pun kita merungut dan mengeluh apabila diuji dengan pelbagai dugaan, mehnah serta tribulasi. Hal ini demikian kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
✿✿ Berfikirlah dengan Positif tentang TuhanMU ✿✿ |
Pada masa yang sama, berfikirlah positif dan optimis tentang si Dia yang Maha Memberi Segala Nikmat serta Kasih Sayang kepada kita. Ingatlah, minda yang berfikiran negatif tentangNya tidak akan ke mana jua malah merugikan diri serta melemahkan semangat kita.
Maka, teruslah berfikir secara positif kerana fakta menyatakan bahawa orang selalu berfikiran positif akan hidup lebih bahagia malah dapat mendatangkan hal yang positif. Hal ini kerana berfikiran positif membuatkan energi kebaikan kita datang mengiringi perbuatan kita. Manakala orang yang berfikiran negatif merugikan dirinya sendiri kerana keyakinan dalam dirinya akan hilang serta dia juga tidak akan dapat mempengaruhi orang lain.
✿✿ Buanglah Segala Charge yang Negatif dalam Diri Kamu ✿✿ |
Berbahagialah kamu apabila kamu disayangi dan dirahmatiNya. InsyaAllah kita semua tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa berbaik sangka kepada Allah agar kita mudah untuk menuju ke syurgawiNya kelak. Permudahkanlah segala urusan kami ya Rabb. Ameen.
✿✿ Sentiasalah Berdoa kepadaNya✿✿ |
Ada hadis qudsi: "Aku mengikut sangkaan hambaku." Sangkaan yang baik dr hati yag baik...
ReplyDeleteSyukran ya akhi . (:
DeleteinsyaAllah... berbaik sangka dengan Allah...
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa berfikiran positif terhadapNya . Ameen . (:
Deleteameer: huhuhuh..nice blog..sudi2 la follow blog ana...lostandrecreated.blogspot.com
ReplyDeletethanx bro..
DeleteInsyaAllah I follow back ur blog... ^^v
Ibnul Qayyim berkata,
ReplyDeleteوقد تبين الفرق بين حسن الظن والغرور ، وأن حسن الظن إن حمَل على العمل وحث عليه وساعده وساق إليه : فهو صحيح ، وإن دعا إلى البطالة والانهماك في المعاصي : فهو غرور ، وحسن الظن هو الرجاء ، فمن كان رجاؤه جاذباً له على الطاعة زاجراً له عن
المعصية : فهو رجاء صحيح ، ومن كانت بطالته رجاء ورجاؤه بطالة وتفريطاً : فهو المغرور
"Telah nampak jelas perbedaan antara husnudzan dengan ghurur (tipuan). Adapun Husnuzan, jika ia mengajak dan mendorong beramal, membantu dan membuat rindu padanya: maka ia benar. Jika mengajak malas dan berkubang dengan maksiat: maka ia ghurur (tipuan). Husnuzan adalah raja' (pengharapan). Siapa yang pengharapannya mendorongnya untuk taat dan menjauhkannya dari maksiat: maka ia pengharapan yang benar. Sedangkan siapa yang kemalasannya adalah raja' dan meremehkan perintah: maka ia tertipu." (Al-Jawab al-Kaafi: 24)
Syaikh Shalih al-Fauzan berkata, "Berhusnuzan kepada Allah harus disertai dengan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat. Jika tidak, ia termasuk merasa aman dari siksa Allah. Oleh sebab itu, behusnudzan kepada Allah harus disertai melaksanakan sebab-sebab kebaikan yang jelas dan mejauhi semua sebab yang menghantarkan kepada keburukan: Ini merupakan pengharapan yang terpuji. Adapun husnudzan kepada Allah dengan meninggalkan kewajiban dan menerjang keharaman: maka ia pengharapan yang tercela, itu termasuk bentuk merasa aman dari adzab Allah." (Al-Muntaqa' min Fatawa Al-Syaikh al-fauzan: 2/269)
Perkongsian yang menarik.
DeleteSyukran Bro Dan.
^^v
put your trust in Allah.. =) nice blog
ReplyDeleteInshaaAllah dhiya. :)
Delete