tasbih Pictures, Images and Photos

Saturday 11 August 2012

Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah

..: bismillahirahmaanirrahim :..




Entri kali ni bertajuk Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah. Pasti ada pembaca yang pernah dengar kan kata-kata ini ? Ya, terdengar dari filem Ombak Rindu. Di sini, diri ini bukanlah ingin mengiklankan filem tersebut malahan mempromosikannya sebab diri ini pun belum pernah menontonnya lagi. 

Pepatah ini sebenarnya membuatkan akal kita berfikir. Betul juga dengan apa yang dikatakan. Sesungguhnya terdapat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ini. Apakah yang ingin disampaikan melalui enam patah perkataan ini ? Cuba kita semua berfikir sejenak . 

Klip video di atas pula ialah video nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid In-Team yang bertajuk Segenggam Tabah. Cuba hayati nasyid tersebut. Betapa sayunya hati ini apabila mendengar nasyid ini. 

Nasyid ini banyak mempersoalkan tentang ketabahan dalam menongkah arus badai mehnah dan tribulasi dalam kehidupan. Persoalannya, apa kaitan Segenggam Tabah dengan tajuk entri kali ini. InsyaAllah, sangat ada kaitannya. 


✿✿ Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah ✿✿

Apakah yang dimaksudkan dengan redha ? Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. 

Tahukah kita ? Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala malah ditinggikan lagi darjat kemuliaan kita. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah bererti kita menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah yakni dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya. 

Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya : 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah ? Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. 

Oleh itu, inilah perbezaan antara maksud redha dan maksud pasrah yang mana masih ramai orang yang keliru dan belum mengetahuinya. Hal ini sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah mahupun pandangan yang serong terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk kita bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme sedangkan redha melahirkan sikap optimistisme. 

✿✿ Bersyukur dan Terimalah dengan Redha Setiap Kesusahanmu ✿✿

Ingatlah bahawa setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi merupakan sumber kekuatan kita. Mengapakah begitu ? Hal ini demikian kerana setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengubah paradigma kehidupan kita. 

Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. 

Wahai diri, tabahkanlah hati. Bersyukurlah dengan segala mehnah ini. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih malah bersabar dengan tribulasi hidup.
InsyaAllah. 




Nota Kaki : 

Sila buka dan tengok video di Youtube jika tidak mahu sebarang gangguan bunyi.

Terima kasih atas kerjasama. ^^v





14 comments:

  1. Ramai umat islam sendiri tidak redha dengan hukum dan syariat agama sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masing-masing nak ikut selera dan pentingkan diri sendiri. Sungguh menyedihkan keadaan pada akhir zaman ini.

      Delete
  2. apa yang Allah aturkan utk kita tu sebenarnya yang terbaik utk kita...jadi,bila kita redha,itu bukti kita terima perancngn Allah dan ini akan mnjadi saham yang lebih baik pd masa depan di negeri akhirat InsyaAllah...:) perkongsian yg menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran ya Ukhtie .
      Semoga kita semua mendapat banyak manfaat daripada perkongsian ini .
      ^__^

      Delete
  3. Redha dan pasrah,menarik tajuk ni ^.^ . sgt setuju salah satu perbezaannya di antara keduanya ialah usaha.. sedikit contoh,
    redha terhadap takdir Allah yang buruk seperti sakit adalah dengan berusaha mencari takdir Allah yang lain, iaitu berubat. Seperti yang dilakukan Khalifah Umar bin Khathab ketika ia lari mencari tempat berteduh dari hujan lebat yang turun ketika itu. Ia ditanya, ”Mengapa engkau lari dari takdir Allah, wahai Umar?” Umar menjawab, ”Saya lari dari takdir Allah yang satu ke takdir Allah yang lain.”
    nice video,hmm.. cuba cari jln dpt tgk kat sini tanpa gangguan muzik tu :P

    ReplyDelete
  4. Syukran atas pandangan dan contoh yang baik sekali..
    InsyaAllah ana akan cuba cari penyelesaian berkenaan lagu latar.
    ^_^

    ReplyDelete
  5. Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.. insyaallah itu yang terbaik buat kite.. Dalam Surah al-Baqarah ad yang menyebut bahawa kadang2 ad sesuatu yang kite suke x baik utk kite dan ade sesuatu yang x ske baik untuk kite.Moge kite tergolong dalam golongan orang yang redha dan berbaik sangka dengan Allah kerana DIAlah yang MAHA MENGETAHUI atas setiap sesuatu.. ALLAHUALAM.. bersyukur dengan setiap pe yang jad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Jazilan Kak Tinn Lehahh atas pandangan serta sedikit perkongsian. Semoga kita semua sentiasa dirahmati serta diredhaiNya.
      Allah Yubaarik 'Alainaa. <3
      :)

      Delete
  6. nice entri shbtku... keep it up....syukran atz perkongsian y sgt bermkne..... smoga ia jd manfaat untk kter smua.... syukran b..^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fatin atas semangat dan dorongannya.
      ^^v

      Delete
  7. Saya mohon share :) http://fallensecrets.blogspot.com/2014/01/redha.html

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah.

    ReplyDelete
  9. salam saudari saya ingin tahu surah apa dan ayat keberapa saudari guna dlm teks saudari di atas. tq

    ReplyDelete
  10. Saya masih Tak faham ,saya nak tanya kalau Redha yg dia bukan jodoh Kita tuu macamana?

    ReplyDelete