tasbih Pictures, Images and Photos

Wednesday 1 August 2012

Hablu Minallah Hablu Minannas

..: bismillahirrahmaanirrahim :..


✿✿ Salam Ramadhan Kareem ✿✿ 

Sudah 13 hari kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Entah sempat atau tidak kita cukupkan 30 hari puasa kita tahun ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan ibadat wajib kita ini. Hanya tinggal 17 hari lagi untuk menyempurnakannya. Sempatkah aku ?
Mesti kita tertanya-tanya dan tidak yakin, kan ? 

Apa khabar hubungan kita denganNya ? Adakah sudah berkarat dek dosa-dosa kita ?
Ya Allah, sesungguhnya aku masih lalai dalam menjaga hubungan denganMu. Aku sentiasa cuba menjaga dan memperbaiki habluminallahku. Aku tidaklah sehebat baginda Rasulullah yang bersolat sehari semalam sehingga bengkak tumit kakinya. Aku juga tidaklah sehebat para sahabiah baginda yang tiap-tiap malamnya diisi dengan bertahajjud kepadaMu. Aku hanya hamba Ilahi yang bersifat insani dan terlalu lemah berbanding mereka. Maka, tunjukilah aku jalan bagaimana hablu minallah aku terjaga dan sentiasa terpelihara. Bimbinglah aku ya Rabb. 

✿✿ Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir ✿✿



✿✿ Sabda Rasulullah ✿✿

Betapa banyaknya dosaku sejak aku mendiami bumi dan menjadi hamba Ilahi ini. Dosaku ibarat pepasir di pantai dan buih di lautan. Ya Ghafur, berkati dan barakahilah aku di bulan yang mulia ini dengan mengampunkan segala dosa-dosa laluku. Jagalah aku dari perbuatan-perbuatan yang tidak diredhaiMu. Tambahkanlah sentiasa pahala kepadaku di atas setiap kebaikan yang aku lakukan dan jadikanlah puasa aku ini ialah satu ibadah yang diterimaMu, bukanlah ibadah yang sia-sia. Ameen. 

✿✿ Hablu Minallahku Ibarat Tali Yang Mana Ikatannya Sudah Longgar ✿✿ 

Harapan diri ini, semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah tarbiah buatku serta mengubah diri ini ke arah yang semakin positif dan cemerlang. Aku akan berusaha menjaga hablu minallahku sebaik mungkin dan meninggalkan perkara yang dibenciNya. 

Pasti pembaca tertanya-tanya, mengapakah entri kali ini bertajuk Hablu Minallah Hablu Minannas di'highlight'kan ? Betul tak ? 

Sebenarnya kedua-dua perkara ini adalah perkara yang utama perlu kita titik beratkan. Hal ini demikian kerana hablu minallah dan hablu minannas saling berkait rapat. Buktinya, untuk menjaga hablu minannas, kita mestilah terlebih dahulu memelihara hablu minallah kita. 

Ironinya, dua perkara ini sangat penting dalam hidup kita dan tidak dapat dipisahkan. 
Jagalah hablu minallahmu dahulu, pasti hablu minannas akan menyusul kemudian.
Hal ini kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan manusia. Maka berbuat baiklah kamu sesama manusia dengan kebaikan yang melimpah ruah. 

Ketahuilah. Sesungguhnya Allah menyembunyikan keredhaan dan rahmatNya dalam satu perkara kebaikan. Oleh yang demikian, janganlah kita meremehkan sesuatu kebaikan kerana mungkin di dalam kebaikan yang kita remehkan itu terdapatnya keredhaan Allah. 

Buktinya, Seorang wanita pelacur dari kalangan bani Israel dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing jalanan yang kehausan. Mesti para pembaca sudah pernah mendengar kisah ini. Ini ialah kisah benar dan bukanlah rekaan. Jadi, mulai detik ini, berbuatlah kebaikan tanpa mengharapkan balasan kerana itulah yang lebih baik dan mulia. 

Mulai sekarang, janganlah kita merungut apabila disuruh mambuat kebaikan kerana di mana ada kebaikan, di situlah adanya keredhaan Ilahi. Jaga dan peliharalah hablu minannas kita seeloknya. Janganlah kita menyakat dan menyakiti sesama kita. Sayangilah saudara seagama kita kerana Rasulullah telah bersabda : 

"Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Mudah-mudahan kita semua menjadi hamba Ilahi yang soleh, mukmin dan muttaqin yang sentiasa menjaga hubungan dengan Pencipta serta memelihara hubungan sesama manusia. InsyaAllah. 



8 comments:

  1. betul tu sal. habluminallah wa habluminannas adalah yg paling utama dalam hidup nie..

    semoga kita istiqamah menjaganya...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah akak. Istiqamah sesuatu yang sukar untuk dijaga sekiranya tidak kita iringi dengan iman dan taqwa di dada.. ^^v

    ReplyDelete
  3. Mulai sekarang, janganlah kita merungut apabila disuruh mambuat kebaikan kerana di mana ada kebaikan, di situlah adanya keredhaan Ilahi. ___ Senyuman untuk manusia pn dikira menjaga hablumminannas... Tapi ramai yang lokek senyuman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah kebaikan dengan sekadar ihklaskan senyuman kita kerana di sebalik senyuman yang ikhlas terdapatnya keredhaan Ilahi. (:

      Delete
  4. sdgkn para shbt Rasulullah merintih berdoa utk bertemu dgn ramadhan kareem,.apalagi kita insan biasa yg d beri kesempatan berada di buln mulia ini,sama2lh kita amar makruf nahi mungkr,jaga ukhuwah dan sentiasa berhusnu zhon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, husnuz zhon lah dengan yang Maha Pencipta kerana di sebaliknya terdapat mardhatillah.

      Delete
  5. Hati-hati tentang hadits mengenai pelacur yang masuk sorga karena memberi minum anjing - karena hadits ini adalah hadits dhoif atau hadits israiliyat yang dapat menyesatkan. Antum dapat cek di situs-situs mengenai hadits dhoif - Afwan

    ReplyDelete