tasbih Pictures, Images and Photos

Wednesday 8 August 2012

Contengan Jalanan

..: bismillahirrahmaanirrahim :..


✿✿ Contenglah Jalananmu dengan Lurus ✿✿

Sudah tentu pembaca tertanya-tanya, mengapakah tajuk entri kali ini berbunyi macam kepelikan sahaja. Betul tak ? Bunyi macam kisah yang dicoret penulis tersohor iaitu Hlovate. Contengan Jalanan.

Sebenarnya contengan jalanan di sini bermaksud contengan kehidupan seorang hamba Ilahi di muka bumi ini yang dikiaskan sebagai jalanan. Owh, begitu rupanya.

Ya, contengan jalanan kita semua yang mana merupakan hamba Ilahi. Bagaimanakah status contengan jalanan kita ? Adakah perjalanan kita selama menginap di bumiNya ini, kita conteng dengan lurus atau kita conteng dengan contengan bengkang-bengkok ?



✿✿ Janganlah Menjadi Orang yang Mati pada Jam Kesebelas ✿✿

Lihat serta perhatikanlah diri kita sendiri, sudahkah kita mencapai mardhatillah dalam segenap urusan dan pekerjaan yang kita lakukan ? Sekiranya ya, maka luruslah contengan jalanan kita. Pepatah Inggeris ada mengatakan :

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."

Pernah dengar tak pepatah ini ? Ada yang pernah dengar dan ada yang langsung tidak pernah mendengarnya. Apapun sedarlah. Kita hanya menumpang di jalanan ini. Sanggupkah kita menodai serta mencemari jalanan yang kita tumpang hanya sekejap sahaja ini dengan pelbagai kotoran dan sampah sarap ? Sanggupkah kita ? Tepuk dada, tanya akal yang waras. 


Berubahlah kita sebelum kita dihitung serta dihisab Ilahi. Tidak malukah kita dengan yang Maha Melihat ? Sudahlah kita hanya menumpang, malah banyak pula melakukan dosa dan maksiat. Ingat percuma ke segala kemudahan di bumiNya ini ?


✿✿Setiap yang Berlaku ada Sebabnya ✿✿

Insaf dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya, kita mampu mengubah diri kita sendiri jika kita mempunyai kesungguhan yang jitu dalam diri. Setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya. Maka, berubahlah jika kita sudah mempunyai kemahuan ke arah kebaikan.


"Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' itu adalah satu perkataan yang tidak ada makna apa-apa."

Begitulah terjemahan satu pepatah terkenal Cina. Maka, berusahalah untuk berubah dengan keyakinan kepada Allah bahawasanya kita mampu untuk berubah.

Yakinlah, Allah pasti membalas segala kebaikan yang kita lakukan walaupun sekecil dan sehalus zarah sahaja kebaikan kita itu. Walaupun kebaikan itu hanya dipandang remeh pada pandangan manusia. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang agung :

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau seberat zarah pun, nescaya Allah akan melihatnya(kebaikan). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau seberah zarah pun, nescaya Allah akan melihatnya(kejahatan)."
(Az-Zalzalah : ayat 7-8)

Oleh hal yang demikian, masih beranikah kita melakukan kejahatan kerana kejahatan yang terlalu kecil pun pada pandangan kita, tetap akan dinilai oleh Allah Taala ?


✿✿ Contengan Jalanan yang Lurus adalah Contengan yang diredhaiNya ✿✿

Deduksinya, contenglah jalanan kita dengan lurus, kebaikan serta kemuliaan untuk mendapat keredhaanNya. Jadilah hamba Ilahi yang mendambakan kasih Ilahi yang abadi dan bukanlah kasih insani yang sementera. Sedarlah, kita hanya hidup sebentar cuma di dunia ini. Kata pujangga Arab :

"Dunia ini ibarat ladang semaian dan tuaian, maka semai dan tuailah dengan biji benih yang baik, untuk mendapatkan hasil yang baik dan berkualiti di akhirat kelak."




7 comments:

  1. alhamdulillah..
    input yg menarik..semoga mendapat manfaat

    ReplyDelete
  2. bgs entri cotengan jalan..
    perjalanan hidup..
    "seorang musuh saya,mahu saya menatap wajahnya.
    dia selalu mengekori saya dalam diam,walau kemanapun saya pergi.
    rancangan saya dibatalkannya,bidikan saya digagalkannya,dia selalu menyekat saya maju ke hadapan.
    semasa saya berjuang mengejar tujuan luhur suci,dia berkata dengan muram kepada saya,TIDAK!!!
    pada suatu malam ,saya menangkapnya dan memegangnya erat-erat,lalu saya tarik topengnya...
    Akhirnya saya dapat melihat wajahnya,,,dan ternyata wajah itu adalah diri saya sendiri..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya kita menjadi musuh kepada diri kita sendiri.
      Hal ini berlaku apabila kita turutkan hawa nafsu kita yang menolak kepada kebaikan.
      Salam Muhasabah~~
      :)

      Delete
    2. Saya pinjam ayat.thankss

      Delete
  3. setiap inci prjlnan hidup kta adlah perjuangan...
    termasuklah kta kna sntiasa berjuang utk jdi lebih baik...
    perjuangan utk ke jln lurus itu pahit tp InsyaAllah hasilny manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Yang pahit boleh menjadi manis sekiranya diiringi dgn hati yang ikhlas kpd Ilahi.. (;

      Delete